twitter
rss


  Sudah 3 minggu berturut-turut hujung minggu kami dipenuhi dengan jemputan kahwin daripada rakan dan saudara-mara. Memenuhi undangan adalah wajib kecuali keuzuran. Memang acara rasmi cuti sekolah adalah Kenduri Kahwin termasuk perkahwinan kami 5 tahun lepas juga semasa cuti sekolah.

  Anak-anaklah insan yang paling gembira tatkala dapat tengok pengantin diiringi paluan kompang, ada pula persembahan silat@tarian ditambah pula goodie bag@ jajan yang diperolehinya. Ada yang mengadakan majlis di rumah, ada juga yang lebih selesa mengadakannya  di dewan. Perkhidmatan katering popular bagi perkahwinan di bandar manakala di kampung pula dibuat secara gotong-royong @ 'pakat'. Tak kiralah mana satu pun pilihan, seluk saku tengok duitnya. Semuanya mengikut kemampuan masing-masing.

   Berbalik kepada cerita kenduri kahwin ini, majlis yang dirahmati ini tidak seharusnya mempunyai unsur-unsur pembaziran, maksiat dan melalaikan. Senang bagiku melihat majlis yang 'simple' aturcaranya dengan dendangan selawat dan nasyid. Mungkin ada juga persembahan tetapi tidak melibatkan pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram. Tak perlulah majlis yang terlalu gah walaupun kita sememangnya mampu kerana ada perkara lebih utama. Sebetulnya tujuan majlis kenduri kahwin adalah untuk menghebahkan perkahwinan tersebut bukannya bermegah-megah terhadapnya. Wallahu'alam.

2 comments:

  1. cikgu, kenapa xletak gmbr kawen cikgu? barulah chomel..

  1. insyaAllah akan diupload atas permintaan..

Post a Comment