Sudah 3 minggu berturut-turut hujung minggu kami dipenuhi dengan jemputan kahwin daripada rakan dan saudara-mara. Memenuhi undangan adalah wajib kecuali keuzuran. Memang acara rasmi cuti sekolah adalah Kenduri Kahwin termasuk perkahwinan kami 5 tahun lepas juga semasa cuti sekolah.
Anak-anaklah insan yang paling gembira tatkala dapat tengok pengantin diiringi paluan kompang, ada pula persembahan silat@tarian ditambah pula goodie bag@ jajan yang diperolehinya. Ada yang mengadakan majlis di rumah, ada juga yang lebih selesa mengadakannya di dewan. Perkhidmatan katering popular bagi perkahwinan di bandar manakala di kampung pula dibuat secara gotong-royong @ 'pakat'. Tak kiralah mana satu pun pilihan, seluk saku tengok duitnya. Semuanya mengikut kemampuan masing-masing.
Berbalik kepada cerita kenduri kahwin ini, majlis yang dirahmati ini tidak seharusnya mempunyai unsur-unsur pembaziran, maksiat dan melalaikan. Senang bagiku melihat majlis yang 'simple' aturcaranya dengan dendangan selawat dan nasyid. Mungkin ada juga persembahan tetapi tidak melibatkan pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram. Tak perlulah majlis yang terlalu gah walaupun kita sememangnya mampu kerana ada perkara lebih utama. Sebetulnya tujuan majlis kenduri kahwin adalah untuk menghebahkan perkahwinan tersebut bukannya bermegah-megah terhadapnya. Wallahu'alam.
Persoalan "kenapa?" sememangnya begitu rapat dengan jiwaku. Kalau di sekolah ada seorang pelajar ni, selalu tanya selepas habis je aku ngajar. Dia akan kata, "Cikgu kenapa macam ni penyelesaiannya? Saya tak fahamlah" dengan muka kesian dia tu, aku gagahkan diri mengulang semula penerangan. Kadang2 sampai 2-3 kali. Ada sekali tu, pelajar lain pula kata "tu pun kau tak faham ke?" Terkedu dibuatnya.
Rupanya bukan saje di sekolah.. waktu cuti sekolah begini pun, aku harus wajib menjawab persoalan "kenapa dan mana?" Kali ini bukan daripada pelajar tetapi daripada anakandaku sendiri. "Ummi, kenapa dia buat macam tu?" "Mana Allah ummi?" (sewaktu menonton cd Muhammad Rasulullah). Berpeluh juga otakku memikirkan jawapan terbaik buatnya.
Cuti sekolah telah pun bermula. Seronok pun ya juga. Sebagai seorang guru inilah masanya untuk berehat dan memikirkan semula peristiwa-peristiwa yang telah berlaku sepanjang tahun 2010. Kena fikirkan kaedah baru untuk mengajar supaya pelajar sentiasa ada motivasi untuk mendengar apa yang kita ungkapkan. Mujurlah aku akan mengajar semula satu daripada kelasku. Jadi, perangai pelajar telah ku fahami..Tahun depan mereka ini naik tingkatan 3, besar tanggungjawabku untuk membimbing mereka menghadapi PMR.
Moga kalian juga bersedia anak muridku :)