twitter
rss

  Persoalan "kenapa?" sememangnya begitu rapat dengan jiwaku. Kalau di sekolah ada seorang pelajar ni, selalu tanya selepas habis je aku ngajar. Dia akan kata, "Cikgu kenapa macam ni penyelesaiannya? Saya tak fahamlah" dengan muka kesian dia tu, aku gagahkan diri mengulang semula penerangan. Kadang2 sampai 2-3 kali. Ada sekali tu, pelajar lain pula kata "tu pun kau tak faham ke?" Terkedu dibuatnya.

 Rupanya bukan saje di sekolah.. waktu cuti sekolah begini pun, aku harus wajib menjawab persoalan "kenapa dan mana?" Kali ini bukan daripada pelajar tetapi daripada anakandaku sendiri. "Ummi, kenapa dia buat macam tu?" "Mana Allah ummi?" (sewaktu menonton cd Muhammad Rasulullah). Berpeluh juga otakku memikirkan jawapan terbaik buatnya.

  Teringat pula satu buku nukilan Ustaz Hasrizal, katanya jangan kita matikan persoalan anak2 kecil ini dengan jawapan yang remeh @ tak tau kerana waktu usia inilah penyerapan anak2 adalah yang terbaik. Katanya lagi bawa anak mengenal Allah swt melalui kejadian alam sekeliling. Sambil2 nyayi lagu 'twinkle2 little star' kita selitkan Allah Maha Kuasa yang angkat bintang dan bulan ke langit. Boleh juga tambahkan supaya malam kita terang, supaya pelayar di lautan dapat petujuk dan arah yang betul, agar dapat tentukan kiblat orang yg sedang merantau dsbnya.

Betul, memang penat melayan anak2 kecil yang berkali-kali bertanya. Kadang2 tu soalannya sama. Kesabaran dan keikhlasan adalah tunjang utama dalam memdidik anak di awal usia. Perkembangan mindanya, rohaninya, inteleknya, emosinya dan jasmaninya perlu sentiasa dibajai dan disemai. Anak adalah amanah Allah!
 

2 comments:

  1. kenapa bulan tu ikut kita? :)

  1. Sebenarnya bulan tu berada tetap di tempatnya. Bulan tu lebih tinggi dr kita jadi walau di mana kita pergi kita akan sentiasa nampak dia. Tambahan bentuknya yg sfera,jd sentiasa sama dari mana2 sisi pun. :) bole terima?

Post a Comment