twitter
rss



   Tanggal 22 Disember lalu, buat pertama kalinya aku bersama-sama anakanda ditemani seorang bekas pelajarku  "Kak Lyn" (panggilan untuknya daripada anak2ku) melangkahkan kaki di Aquaria KLCC. Berpusing dua kali juga kami mencari parking al-maklum tak biasa bawa kereta ke ibu kota.  

Bermula di sini!
(Sebenarnya terlupa nak ambil gambar di pintu hadapan Aquaria)
Aquaria terbahagi kepada 2 tingkat bangunan di mana bahagian I penjelajahan kami disambut dengan sekawan memerang dan tikus air sesuai dengan konsep 'The stream' . Selain itu diletakkan juga 3 buah 'Touch pool' di dalamnya ada sepasang belangkas, tapak sulaiman dan landak laut. Perjalanan diteruskan, kami menyusuri masuk ke kawasan yang dinamakan 'Jewel of the jungle' .

'The stream'

Butterfly kegemaran anakanda di 'Jewel of the jungle'

Ular kecil tak ingat nama dia.

 Opps!! Terlupa tukar setting lagi. Berkali-kali juga petugas mengingatkan pengunjung agar mematikan 'flash' kamera ketika mengambil gambar ke arah haiwan kerana 'flash' akan menyakitkan mereka. Tertanam terus dalam ingatanku teguran itu, tak sanggup berbuat zalim pada makhluk Allah yang lain.



Electric Eel




Pandangan atas di 'Malaysian Flooded Forest'


 Muka yang keliru dan pelukan erat di badanku. "MENGERIKAN" itulah agaknya reaksi anakandaku yang kecil ketika melangkah masuk ke 'Oceanarium' . Suasana suram dan gelap sememangnya konsep yang tepat untuk dunia dasar laut, bahagian II penjelajahan kami.


Terowong masuk ke 'Oceanarium'

Penyu besarnya!



Reef animals

Really Real Blue fish. SubhanaAllah!

Setelah keluar daripada terowong Oceanarium,  terdapat beberapa kawasan menarik yang lain antaranya Aquatheatre , Weird and Wonderful dan Coral Discovery. Penjelajahan kami di dalam Aquaria mengambil masa lebih kurang 2 jam. Itu pun kami tidak melihat dengan teliti setiap pameran yang ada. Sememangnya ia satu pengalaman yang berbaloi terutama bagi anakanda berdua, seperti biasa banyak betul soalan 'kenapa?' diajukan kepadaku :)


Haiwan yang unik - Kuda Laut jantan yang akan bunting.
Di hadapan mulut Jaws.

Suasana dalam terowong Oceanarium.

Sebelum terlupa bayaran masuk adalah RM35 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas. Sekian saja, catatan perjalananku kali ini. Akhir kata, di negara kita sendiri masih banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati.
















1 comments:

  1. wow!!
    lps nie ckgu bleyh jd tour guide kat aquaria...
    haha..
    gurau je...

Post a Comment